Pada hari Jumaat yang lalu, kami telah membawa 15 orang kanak-kanak berusia 4 tahun ke Taman Tema Kidzania. Jom kita lihat keterujaan kanak-kanak sewaktu lawatan dijalankan.
Pendekatan yang digunakan untuk menarik minat kanak-kanak ialah Main Peranan. Kanak-kanak diberi peluang merasai pengalaman menjadi tukang masak professional dalam bilik yang disediakan. Aktiviti 'hands on' juga dapat dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti yang dijalankan ialah kanak-kanak diajar cara membuat sandwich tanpa bimbingan pengasuh.
Kanak-kanak kelihatan teruja ketika dibawa melawat ke kilang pembuatan biskut oreo.